Hidup Saya Bersama 4life

Wednesday 21 December 2011

SK Seri Separap Menjelang 2012

Berlabuhnya tirai 2010 yang akan meninggalkan kita hanya tinggal beberapa hari lagi, maka akan muncul pula 2012 yang membawa bersama cabaran baru. Begitu juga dengan sekolah yang telah hampir 3 tahun aku kenali dan selami isi perutnbya ini, tidak ketinggalan akan mengalami pelbagai perubahan yang meninggalkan pelbagai kenangan manis buat warganya.





Hasil daripada kelulusan projek oleh pihak kerajaan daripada Rancangan Malaysia ke-10, SK Seri Separap telah menerima 2 blok bangunan baru 3 dan 4 tingkat. Kedua-dua blok bangunan ini telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan menjelang tahun 2012 nanti.

Di blok B, iaitu bangunan 3 tingkat ini akan mengandungi Pejabat Sekolah, Pejabat Guru Besar, GPK 1, GPK Koko, GPK HEM, Bilik Mesyuarat, Bilik Kesihatan, Stor Sukan dan macam-macam lagi bilik yang canggih-canggih belaka.





Keadaan pejabat yang mesih porak peranda dan masih belum dikemas..

Setelah hampir sebulan, kami berhempas pulas mengemas dan menyusun atur keadaan pejabat baru ini, tibalah masanya untuk meneruskan kerja-kerja yang telah lama tergendala dik perpindahan bangunan ini. Kepenatan yang dilalui hanya tuhan sahaja yang tahu. Sampai macam nak demam rasanya.

Inilah keadaan pejabat baru kami buat sementara waktu. Banyak lagi perabot yang belum tiba. Antaranya adalah meja kerani yang akan saya dan nana duduki. Meja yang ada ni cuma untuk sementara waktu sahaja.

Kepada semua yang sama-sama membantu mengemas pejabat sehingga berjaya sepertimana sekarang, saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama menyahut cabaran Tahun 2012 dan selamat tinggal 2010.......




Monday 12 December 2011

Akhirnya Tercapai Jua... Konvokesyen Ke 11, OUM.

Bermula pada semester September 2007 sehingga semester September 2011, selama 4 tahun adalah jangkamasa yang bukan singkat untuk mengengam segulung ijazah. Dengan berbagai-bagai cabaran yang dihadapi, akhirnya dapat juag saya menghadiri Majlis Konvokesyen, Universiti Terbuka Malaysia yang ke-11 pada 10 dan 11 Disember yang lalu.

Kepada suami, anak-anak, keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang telah sama-sama berdoa dan menyokong sepanjang pengajian saya, terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih. Jasa dan pengorbanan semua tidak akan dapat saya balas.

 Tak dilupa kepada bekas Pengetua SMK  Dato` Sulaiman, En. Misli Bin Rosbadi dan Guru Besar SK Seri Separap, Tn. Hj. Md. Khirom Bin Ab. Rahman yang telah banyak menyokong saya dan memberikan dorongan yang sangat bernas sehingga saya sampai ke tahap sekarang. Juga kepada guru-guru dan kakitangan SMK Dato` Sulaiman serta SK Seri Separap yang juga berada di belakang saya selama ini. Rakan-rakan Pembantu Tadbir sekolah menengah dan rendah Daerah Batu Pahat juga banyak memberi dorongan dan mendoakan kejayaan saya ini. Tidak lupa juga keapda pensyarah-pensyarah Univerisiti Terbuka Malaysia daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang memberikan tunjuk ajar kepada saya. Kerjasama yang diberikan tak dapat saya balas dan hanya ucapan jutaan terima kasih sahaja yang dapat saya lafaskan.

Gambar ni diambil sebelum majlis berlangsung di luar Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra. Dalam majlis selama hampir 4 jam tu, seramai lebih kurang 850 graduan yang menerima ijazah masing-masing daripada jumlah keseluruhan 3469 semuanya. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan contoh dan dorongan kepada anak-anak dan adik-adik yang masih muda untuk meneruskan pelajaran. Di sinilah semua pelajar daripada seluruh negara berkumpul untuk menerima Ijazah masing-masing. Saya telah berjumpa rakan daripada Sibu, Sungai Petani, Pulau Pinang, Banting, Kuantan, Johor Bahru dan ada juga yang daripada Kota Kinabalu.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan bukan sahaja ribuan malah jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberikan kerjasama kepada saya selama ini.

"Pembelajaran Sepanjang Hayat"

"Unversity For All" - "Universiti Untuk Semua"