Hidup Saya Bersama 4life

Wednesday 25 January 2012

3 Pantai Berhampiran Kita...

Sempena cuti menyambut Tahun Baru Cina yang lepas, kami sempat melawati tiga pantai yang letaknya berhampiran dengan tempat kediaman. Kesemua pantai peranginan ni tak kurang indahnya.

Pantai Minyak Beku.





Malam sebelum anak-anak saudara balik ke Kuala Lumpur, Kota Bahru dan Johor Bahru, kami sempat berBBQ di Pantai Minyak Beku. Pantai ni cuma dalam 24 km je dari rumah kami, Simpang Lima. Inilah antara ankiviti yang sering kami lakukan bila ada masa lapang dan cuti umum. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil makan di tepi pantai.

Pantai Parit Simin











Bila dah petang-petang masa hari cuti ni, anak-anak pun dah rasa boring, maka kami pun pegi la jalan-jalan ke Pantai Parit Simin. Pantai ni lebih dekat sikit dengan rumah, cuma dalam 5 km je. Yang syoknya kat sini, bila petang banyak monyet yang menunggu pengunjung untuk memberi mereka makanan. Jumlah monyet ni bukan sikit, berpuluh-puluh ekor semuanya. Kalau nak tengok monyet, jom la ke Pantai Parit Simin, tak payah ke Zoo.

Pantai Teluk Wawasan











Pantai Teluk Wawasan ni juga dikenali sebagai Pantai Teluk Bakong. Yang ni lagi dekat dengan rumah kami iaitu hanya kira-kira 3 km je dari rumah. Pantai Teluk Wawasan letaknya di Kampung Parit Haji Salam. Ia merupakan tempat nelayan menghantar ikan-ikan segar dari laut. Bila nak makan ikan segar terus dari laut, boleh la berkunjung ke Pantai Teluk Wawasan.






Kepada handai dan taulan yang inginkan ketenangan dan menikmati keindahan pantai, jomlah berkunjung ke 3 pantai yang tidak kurang indahnya ini.



Kita jumpa lagi di lain masa dan kesempatan......


Thursday 12 January 2012

Pejabat Baru, SK Seri Separap.

Setelah hampir sebulan bermulanya sesi persekolahan tahun 2012, maka suasana baru pejabat SK Seri Separap telah berubah wajah sepenuhnya.


Paparan Visi, Misi dan Objektif sekolah yang terletak di hadapan pejabat sekolah.

Proses mengemas dan mencantikkan suasana pejabat ini yang dilakukan secara bergotong royong, akhirnya terhasillah panorama keindahan dan keselesaan pejabat yang menempatkan staf sekolah seramai 3 orang sahaja. Sekolah yang hanya mempunyai seramai 271 orang pelajar ini mempunyai 2 orang pembantu tadbir dan seorang pembantu am pejabat. Oleh kerana  kami diberikan pejabat yang besar berbanding sebelumnya, keadaan ini telah membuatkan suasana pejabat sekarang sungguh selesa.

Suasana pejabat terkini

Meja penyambut tetamu, pembantu am pejabat yang bertugas di sini.

Ruang untuk tetamu menunggu pegawai yang hendak ditemui.


Suasana pejabat yang sedang sibuk dengan kerja-kerja harian.

Antara peralatan baru yang kami terima bagi kemudahan pejabat sekolah.

Keindahan dan keselesaan bilik Tuan Guru Besar.

Radio kecil dan antik ni la yang menjadi teman kami setiap hari bagi menghilangkan boring dan mengantuk....

Yang ni meja tempat saya bertugas setiap hari....

Nampaknya bilangan pelajar di SK Seri Separap telah merosot pada tahun ini sebanyak 10.7% atau seramai 29 orang. Walaupun bangunan di tambah, kelas juga telah bertambah, namun sekolah telah mengalami kepupusan pelajar dan kemerosotan ini juga telah menyebabkan bilangan guru yang layak di tempatkan di sekolah juga  mengecil. Kalau tahun 2011, kami mempunyai seramai 30 orang guru, pada tahun ini hanya tinggal 29 orang. Jumlah itu juga adalah melebihi guru hak di sekolah iaitu seramai 27 orang sahaja. Agaknya beginilah nasib sekolah-sekolah di luar bandar pada masa ini. Yang tinggal di kampung hanya keluarga yang mempunyai anak telah dewasa, keluarga baru ramai tinggal di bandar dan pinggir bandar. 

Daripada kajian Jabatan Perangkaan juga telah menyatakan bahawa pada masa kini isi rumah di Malaysia hanya mempunyai 2 orang anak sahaja. Mungkin perkara inilah yang menyebabkan bilangan pelajar di sekolah saya mula merosot. Walau apa pun yang dialami oleh SK Seri Separap buat masa ini, diharapkan sekolah ini terus maju jaya hingga dikenali di seluruh negara. 

"PROAKTIF MERINTIS KEUNGGULAN"

Selamat Bertugas dan Selamat Maju Jaya.





Tuesday 3 January 2012

Banjir Oh Banjir... Banjir di Batu Pahat.

Banjir atau bah telah sinonim dengan Daerah kami iaitu Batu Pahat. Apatah lagi bandar ini lebih dikenali sebagai Bandar Penggaram, yang maksudnya kalau tak salah karam ditenggelami air. Ini jugalah yang terjadi di kampung kami di Senggarang, Batu Pahat. Walaupun banjir di Batu Pahat telah surut sepenuhnya, tetapi kenangan itu tetap abadi dalam ingatan. Hampir setiap tahun apabila musim tengkujuh tiba, daerah ini tidak terlepas daripada menjadi mangsa.

Paras air di sungai Senggarang, Jalan Parit Karjo yang menunjukkan paras bahaya. Sungai ini hampir melimpah ke tebingnya.









Antara rumah penduduk kampung yang ditenggelami air.

Yang ni tenggelamnya lagi teruk. 
Tanah perkuburan islam ini pun turut tenggelam.


Kebun sawit juga tak ketinggalan turut ditenggelami air, rasanya tak boleh motong sawit la orang kampung ni sepanjang banjir melanda.

Inilah dugaan yang Allah turunkan untuk hambanya, akan ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga penduduk yang terlibat dengan banjir di seluruh negara tabah dan bersabar atas dugaan dari Nya dan semoga ada kebaikan disebaliknya.....

......Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.....