Hidup Saya Bersama 4life

Thursday 19 April 2012

Anak Arnab Baru Lahir

Tarikh 19 April 2012, arnan putih yang dinamakan 'albino' telah selamat melahirkan anak sebanyak 8 ekor. Dalam sejarah kelahiran arnab, ini mungkin yang paling banyak. Maklumat daripada internet dan rakan-rakan pencinta arnab, biasa arnab akan melahirkan 3 hingga 5 ekor sahaja. Inilah rezeki yang Allah beri, cepat la meriah arnab-arnab ku....




Inilah anak-anak arnab yang baru beberapa minit dilahirkan. Ibu dia warna putih, arnab jantan pula warna hitam. Itu yang anak dia ada yang tompok hitam.



Bila dah jadi pecinta arnab ni, macam-macam ilmu penjagaan arnab yang diperolehi. Dari makanan sehingga vitamin untuk penjagaan dia, semua kena sediakan.

Dedak makanan arnab, dari jenama Gargill berharga RM48.00 untuk 25kg. Yang ini boleh jadikan bulu arnab cantik...kata yang jual tu la....

Vitamin untuk makanan tambahan supaya arnab sihat dan cergas.


Yang ini shampoo untuk arnab, juga boleh digunakan untuk kucing. Semua binatang berkaki 4 boleh dishampoo dengan shampoo ini. Sebotol cuma RM5.00.

'Fungus Killer' untuk membunuh virus-virus yang menganggu arnab. Boleh digunakan di sangkar dan luka-luka pada binatang. Hanya 'spray' je pada tempat yang dikehendaki. Sebotol ni berharga RM20.00.


Aranb-arnab lain yang semakin sihat walafiat..............









Dana Baru


Harga Komoditi terutamanya emas, perakminyak dan lain-lain sebagainya akan 

terus meningkat. Ini menandakan kebanyakan PELABUR telah beralih ke 

komoditi memandangkan keadaan ekonomi masih tidak pulih sepenuhnya dengan 

kelemahan matawang USD yang semakin ketara. AKAN TETAPI, ramai juga yang 

telah berjaya dengan KOMODITI. 

Persoalannya... adakah kita hanya memerhatikan saja tanpa berani mencuba? 

Alasannya tiada pengetahuan, tiada modal dan sebagainya?

Jawapannya ada di: 


Boleh mula dengan serendah RM60!! TANPA MENAJA boleh jana RM500.. Jika ambil 4 akaun(RM60 x 4) = RM240 boleh jana RM500 x 4 = RM2000!! Ambil PELUANG ketika program masih BARU!!


BUKTI BAYARAN: 

Greetings from CIMB Clicks!

You've just received RM 500.25 from GLOBAL ACCENT SOLUTIONS deposited into your A/C No : 0818xxxxxxxx on  30-Mar-2012 22:23:14 PM via CIMB Clicks.

Thank you & have a good day ahead!

Warm Regards
CIMB Clicks Team


30-Mar-2012 22:23:14

I-FUNDS TRF CR
GLOBAL ACCENT SOLUTIONS


500.25

3,680.55

PENTING! Dana Anda Dijamin Dengan Program “Protected Fund” Oleh Pengurus Dana Global Yang Berpengkalan Di Eropah



Monday 9 April 2012

07 April 2012

Walaupun hari ini 07 April 2012 adalah hari cuti hujung minggu, tapi kesibukan yang kami alami pada hari tersebut seperti juga pada hari bekerja. Anak-anak bangun pagi seperti nak ke sekolah.

Ada program yang luar biasa pada tarikh ini.

1. Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 






Program Motivasi ini diadakan di Dewan Sri Nilam, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat dan sianjurkan oleh Koperasi Kakitangan Kerajaan Batu Pahat (KAAK). Pelajar yang terlibat adalah mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2012, salah seorang peserta adalah anak kami iaitu Nurulsyuhadah, yang datang bersama rakan-rakan daripada SK Penghulu Salleh dan SK Seri Separap.

Program yang diadakan selama 2 hari, iaitu daripada Sabtu sehingga Ahad, banyak memberi ilmu yang berguna memandangkan semua penceramah jemputan adalah di kalangan guru-guru cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia. Salah seorang penceramah adalah guru yang juga rakan saya daripada SK Seri Separap iaitu Guru Cemerlang Matematik En. Ahmad Rukiman. Semoga program ini dapat membantu pelajar menjawab soalan UPSR dengan baik.


2. Program Lawatan Perdana Menteri ke Batu Pahat.











Inilah kemeriahan yang dialami oleh penduduk Batu Pahat dek kerana lawatan "Janji Ditepati" Perdana Menteri ke Dataran Batu Pahat. Dalam keadaan cuaca yang panas terik dan jumlah pengunjung yang terlalu ramai, kami juga bersesak-sesak dan berpusu-pusu ke Dataran Batu Pahat bagi melihat dari dekat pemimpin nombor satu negara tersebut.

Friday 6 April 2012

Maklumat Terbaru

Baru je dapat email dari member mengenai perniagaan terbaru ni, tak perlu modal, cuma jadi ahli je.
Buat kawan-kawan yang berminat boleh la tengok dan baca dulu, kalau ok boleh la join sama-sama.

cuba lawati web kat bawah ni:

http://signup.wazzub.info/?lrRef=6edefbc1



Semoga sama-sama beroleh kejayaan.



Tuesday 3 April 2012

Our new pets...

Kini kami telah mula berminat untuk memlihara arnab pula. Ini kerana kucing kesayangan yang selama ini ada beberapa ekor telah diserang virus. Akibatnya, kucing-kucing comel telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Yang tinggal hanyalah 2 ekor sahaja, seekor anak dan seekor ibu kucing.

Dek kerana kesepian tiada lagi kucing yang nak dikelek setiap hari, kami mula beralih arah untuk memelihara arnab. Tengoklah arnab-arnab yang cute ni.....






Ini semua jenis Loop yang baru beli, sepasang tu.....











Ok la, sapa-sapa yang berminat dan menambah koleksi di zoo mini, boleh la menuntut ilmu daripada saya. Saya ni pun baru je berjinak-jinak dalam dunia Rabbit. Harap takde masalah dalam membesarkan mereka semua.