Hidup Saya Bersama 4life

Sunday 22 February 2015

TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, PONTIAN.

Cuti-cuti Malaysia ke Taman Negara Pulau Kukup.

Hari cuti Tahun Baru Cina tahun 2015, kami penuhi dengan jalan-jalan ke Taman Negara Pulau Kukup dalam Daerah Pontian, Johor.

Di kesempatan ini, saya sebagai bekas kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor ingin mempromosikan salah satu tempat yang menarik di Negeri Johor. Ia juga menyimpan khazanah yang perlu dipelihara, Kawasan hutan bakau yang amat mempesonakan. 

Pertama kali menjejakkan kaki ke Taman Negara Pulau Kukup.


Suasana di dalam bot semasa perjalanan ke Pulau Kukup.



Tiba di jeti Taman Negara Pulau Kukup.

Oleh kerana saya bekas staf di Perbadanan Taman Negara Johor maka harini saya dapat tiket masuk percuma ke Taman Negara Pulau Kukup. Terbaik!!!!!!!


Bermulalah perjalanan meredah hutan bakau sambil menikmati permandangan dan keindahan ciptaan Allah S.W.T.








Suasana yang menarik dan permandangan yang mempersonakan di kawasan hutan bakau ini. Keadaan air pasang besar memberikan permandangan yang sangat mengujakan.




Salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan, memanjat menara pemerhatian yang tingginya sama seperti bangunan lima tingkat.
Juga menyajikan permandangan yang sangat menarik.



Kepada yang meminati hutan semulajadi, tidak rugi untuk ke sini kerana ia menjanjikan pengalaman yang sangat menarik.
Sebagai salah seorang peminat alam semulajadi, saya amat berbangga mempunyai satu kawasan yang tersimpan sebagai khazaman alam.

Semoga dapat berjumpa lagi.









Salam pelancongan dari kami sekeluarga.