Hidup Saya Bersama 4life

Sunday, 15 June 2014

SELAMAT DATANG....KE POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA.


POLITEKNIK MERLIMAU.......

Salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak asing lagi buat kita. IPTA yang paling dekat dengan kediaman kami, kalau dikira dari Batu Pahat, Johor ke Merlimau, Melaka hanya mengambil masa satu jam perjalanan dengan jarak lebih kurang 65 kilometer.

Tarikh 16 Jun 2014, bermulalah perjalanan puteri sulung sebagai mahasiswi di Politeknik Merlimau dengan mengambil jurusan  Diploma Pengurusah Hotel dan Katering. Tempoh pembelajaran selama 6 semester bermula Jun 2014 hingga Disember 2016.


Di Jabatan Hospatiliti inilah mereka yang mengambil kursus Pengurusan Hotel dan Katering akan menimba ilmu terutama di dalam bidang masakan dan pengurusan perhotelan.


Sesi Semasa : JUN 2014 || JUN2014

Maklumat Pendaftaran Online 

Nama:NURULHIDAYAH BINTI IDRIS
No Kp:960907015496
No Pendaftaran:14DHK14F1019
Program:Diploma Pengurusan Hotel dan Katering
Jabatan:Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti
Kelas:DHK1A
Tarikh Lapordiri:15 Jun 2014
Masa Lapordiri:8:30 Pagi
Sesi Mula:JUN 2014
Sesi Tamat:DISEMBER 2016
Maklumat Kamsis
Blok Kamsis:V2
No Bilik:V2319
No katil:A



Setelah bayaran dibuat di Bank Islam Malaysia Berhad, kita boleh mencetak Maklumat Pendaftaran Online dalam tempoh 24 jam daripada masa transaksi bank. Daripada pendaftaran ini, kita akan menerima semua maklumat mengenai kursus dan asrama yang disediakan.

Sebelum melaporkan diri  untuk belajar, macam-macam persediaan yang kena lakukan.


Borang pemeriksaan doktor siap sudah... kalau taknak tunggu lama, boleh aje pegi ke klinik swasta. Macam anak saya ni pun, dia ke Klinik Nur, Batu Pahat. Dengan bayaran sekitar RM50.00, semua urusan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.




Antara dokumen-dokumen yang kena siapkan.
1. Borang HEP 1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar
2. Borang HEP 2 - Laporan Pemeriksaan Kesihatan
3. Borang HEP 3 - Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan  Pembedahan
4. Borang HEP 4 - Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung
5. Borang HEP 5 - Akuan pelajar
6. Borang HEP 6 - Aku janji pelajar

Hari pendaftaran dah tiba... 16 Jun 2014, bermula jam 8.30 pagi...
Barang-barang yang dah siap sedia nak dibawa..

Masa mula-mula sampai.....masih kat parking lagi..



Berposing di dalam bilik asrama......


Permandangan dari atas blok asrama KAMSIS.


Suasana semasa pendaftaran dan mengambil kunci bilik..


Nombor bilik yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.

Tengah sibuk mengemas almari dan pakaian yang dibawa.  Dua orang nenek tengah kepenatan sebab bilik cucu di tingkat 4.


Suasana tempat letak kereta yang nampak lengang setelah ramai ahli keluarga pulang apabila urusan pendaftaran selesai.






 Semasa makan tengahari, sempat juga bersantai di Pantai Kuala Merlimau, makan ditemani hembusan angin laut yang nyaman.....

Perasaan mak & ayah yang bercampur baur, ada gembira, ada sedih, ada suka, ada duka, ada hiba.....





Saturday, 3 May 2014

CUTI SEMPENA HARI PEKERJA- "JALAN-JALAN KE TAMAN NEGARA PULAU KUKUP"

1 Mei 2014, kami semua bercuti sempena Hari Pekerja / Hari Buruh. 

Setelah memenuhi undangan majlis perkahwinan anak sepupu di Taman Orkid, Skudai, Johor, kami sempat melawat dan menikmati satu lagi tempat menarik di Negeri Johor iaitu Taman Negara Pulau Kukup, Pontian, Johor.



 Keseronokan menaiki bot dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa.

 Ini permandangan sangkar ternak ikan.







 Permandangan keelong tempat menternak ikan.





 Pemandu bot sedang menjalankan tugasnya.

 Ketenagan air laut, permandangan dari dalam bot.


 Kelihatan permandangan perkampungan nelayan Pulau Kukup yang majoriti penduduknya adalah nelayan.


Anak-anak yang seronok dapat berjalan dan mendapat pengalaman baru. 
Jeti untuk ke Taman Negara Pulau Kukup.

Pelancong sedang beratur untuk menaiki bot.

Gerai menjual barangan hasil nelayan di kawasan keelong ternakan ikan dalam sangkar.




Kelihatan ikan yang diternak dalam sangkar.


Anak-anak yang tetap seronok walau kali ni jalan tak berapa jauh.

Kepada yang ingin menikmati perjalanan menaiki bot ke Taman Negara Pulau Kukup ini, tambang untuk bot adalah :

RM5.00 seorang (Dewasa)
RM3.00 seorang (Kanak-kanak)


Jom jalan-jalan.......