Hidup Saya Bersama 4life

Monday, 3 September 2012

Sambutan Hari Kebangsaan - Peringkat Daerah Muar

Pada hari kemerdekaan 31 Ogos 2012, kami sempat berkunjung ke Daerah Muar bagi melihat keindahan dan kemeriahan sambutan di sana.
Dataran Tanjung Emas, Muar dipenuhi dengan limpahan lampu warna warni bagi menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan.










Beginilah semangat yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini semasa menyambut hari kemerdekaan. Kebanyakan kita tidak melepaskan peluang untuk sama-sama melihat sambutan yang diadakan mengikut daerah-daerah terlibat.

Thursday, 30 August 2012

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA- PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

Menjelang tanggal 31 Ogos 2012, tepat jam 12.00 tengah malam, ribuan penduduk Daerah Batu Pahat menyambut ambang merdeka di Dataran Batu Pahat. Termasuklah juga kami sekeluarga.

Sambutan yang diadakan tidak kurang meriahnya, sama seperti yang disambut di Dataran Merdeka......






 Dataran Batu Pahat yang dihias indah untuk sambutan Hari Kebangsaan. Dah hampir sama dengan i-City Shah Alam ni.


Antara perarakan yang berlangsung termasuk membawa bendera, motosikal besar dan berbasikal.




Acara menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku. Ada juga pertunjukkan bunga api.


Selamat menyambut "Merdeka Raya"

Maaf Zahir Dan Batin......

Saturday, 14 July 2012

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan

Hujan yang turun hampir 2 hari, telah menyebabkan kawasan keliling rumah digenangi air. Mungkin sebab inilah seekor ular tedung selar telah menyerang ibu kucing yang baru 3 hari melahirkan anak. Kebetulah pula kucing ini melahirkan 3 ekor anak kecil yang comel-comel.

Kira-kira jam 4.00 petang setelah balik dari mengambil anak dan kawan-kawannya daripada jamuan di D`Zan Catering, kami dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang iaitu seekor ular tedung sepanjang hampir 1 meter. Ular tersebut menyerang ibu kucing yang sedang berada di dalam sangkar bersama anak-anaknya.
Keadaan ibu kucing yang masih trauma dengan serangan ular.

Setelah kami berusaha hampir 30 minit untuk menghalau ular dan demi menyelamatkan kucing-kucing ini tidak berjaya, kami mengambil keputusan untuk menghubungi talian 999. Setelah dapat dhibungi talian tersebut, pegawainya meminta saya bercakap dengan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Beliau kemudiannya meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Batu Pahat untuk datang ke rumah. Dengan hanya mengambil masa 15 minit, Bomba dan Penyelamat pun tiba.



Pihak Bomba dan Penyelamat yang datang dengan 5 orang anggota bersama kelengkapan yang sesuai untuk menamgkap ular memang kami tunggu kerana ketika itu kami masih dalam ketakutan. Ular tedung yang menyorok dalam kotak di bawah reban arnab ditangkap mereka.




Anggota bomba sedang mengesan dan mencari ular tedung tersebut, seram betul masa ni....


Inilah rupa dan keadaan ular yang berjaya ditangkap. Masa dia serang kucing tu nampak besar sebab tengah kembang. bila dan membelit kat besi tu, dah kecil je.

Bomba pun tak nak bawa balik ular tu, jadi dia pun bunuh je la.





Dan telah selamat ditanam ..........










Terima kasih kepada pegawai dan anggota bomba yang telah menyelamatkan kami sekeluarga dan binatang-binatang kesayangan.....









Inilah keadaan keliling rumah yang masih digenangi air. Nampak kat luar tu pun dah mendung lagi ni, rasa macam nak ditambah air kat bumi ni.


Ini pula ibu kucing dan anak-anaknya yang tidur lena setelah berasa selamat daripada ancaman ular tersebut.

Pristiwa dan kenangan ini tidak akan dapat kami lupakan terutama apabila tiba musim tengkujuh dan keliling rumah banjir.......



Monday, 4 June 2012

Perjalanan Sepanjang 2 dan 3 Jun 2012

Dua hari sempena cuti keputeraan DYM Yang Di Pertuan Agung, disamping banyak menerima jemputan majlis perkahwinan, tak ketinggalan juga ada saudara kami terdekat yang mengadakan majlis. Kegembiraan yang dialami dapat saya kongsikan di sini.

Perjalanan hari pertama daripada Batu Pahat ke Semenyeh, Selangor.

Majlis Pertunangan sepupu, Nizam dan Rahmah. Perjalanan dari Pekan Semenyeh, Selangor ke Lenggeng, Negeri Sembilan




















Pada sebelah malam, kami sempat ke i-City, Shah Alam. Tempat yang tidak kurang menarik dengan pancaran lampu yang berwarna warni.



















Perjalanan hari ke-2, Majlis Pertunangan anak saudara Muhammad Iskanda dengan Kama Firdaus. Perlananan daripada Shah Alam ke Teluk Penglima Garang, Banting, Selangor.







































 Selesai sudah majlis-majlis yang penting, sempat juga bermandi manda di Gold Cost, Pantai Morib, Selangor.







Hampir jam 6.30 petang barulah kami meneruskan perlajanan pulang daripada Pantai Morib ke Batu Pahat. Alhamdulillah, selamat tiba di rumah lebih kurang jam 10.30 malam.