Hidup Saya Bersama 4life

Wednesday, 7 November 2012

Batu Pahat Banjir Lagi.......

Inilah nasib kami  yang tinggal di Batu Pahat, setiap tahun kami akan mengalami bencana banjir. Seperti mana tahun lepas, tahun ini Daerah Batu Pahat, Johor sekali lagi dilanda banjir. Sehingga semalam lebih 1900 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan setelah rumah mereka dilanda banjir. Ada kawan-kawan PT yang sekolahnya jadi pusat pemindahan.

Semalam petang rumah saya mengalami hujan yang sangat lebat sehingga air naik  dan  laman rumah dipenuhi air.






Inilah keadaan sekeliling rumah yang telah digenangi air yang dalamnya sehingga hampir paras lutut.

Ini pula gambar tanah perkuburan Kampung Mampan, Simpang Lima yang telah dilimpahi air.

Ha, yang ni gambar padang SK Penghulu Salleh, Mampan yang dah jadi macam sawah padi.

Akhir kata, kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Batu Pahat, didoakan semoga tabah menghadapi dugaan tuhan ini. Mesti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga berhati-hati di musim hujan dan jauhi tempat-tempat berbahaya.









"Jumpa Lagi".......


Ke Mana Tumpahnya Kuah....

Kali ini kisah yang nak dikongsi mengenai dua beranak berbulu gebu, yang dulu ramai dan sekarang tinggal dua ekor sahaja. Emak dia dinamakan 'lanun' kerana mata dia sebelah hitam, manakala anaknya pula bernama 'janggut' kerana ada bulu warna hitam di dagunya. Adik-beradik kucing ini mulanya 3 ekor tapi 2 lagi dah mati, tinggallah janggut seekor.

Muka dua beranak ni saling tak tumpah.....


Kedua-duanya tengah nyenyak tido, sampai tak sedar gambar diambil.

Walaupun anak-anak kucing ni mati 2 ekor, tetapi ada 2 ekor anak angkat yang dipungut daripada tepi jalan dekat perhentian bas di kampung sebelah. Kini kedua-dua anak tersebut dah besar, seekor nama kuning dan seekor nama gray. Ikut warna bulu masing-masing.



Inilah serba sedikit kisah keluarga kami bersama kucing-kucing kesayangan.


Thursday, 4 October 2012

Hari Keusahawanan 2012

Tarikh 4 Oktober 2012, SK Seri Separap telah mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan Hari Keusahawanan Tahun 2012 setelah sekian lama tidak diadakan.

Pelbagai persiapan telah diadakan sehari sebelum tarikh tersebut, antaranya adalah menyusun kerusi meja untuk gerai jualan.

Antara label barang jualan yang tersedia di gerai Pejabat.








Pembantu gerai sedang sibuk melayan pelanggan.

Cikgu Helmy sedang melayan pelanggan di gerai air nya.
Sedang menebar roti jala untuk jualan.

Antara kemeriahan dan pengunjung yang turut memeriahkan suasana.

Inilah antara kemeriahan dan keseronokan Hari Keusahawanan SK Seri Separap bagi Tahun 2012 yang telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program ini. Walaupun gerai pejabat tidak mengutip keuntungan yang besar, tetapi ianya tetap menjadi kenangan indah dalam diari sekolah ini.

Semoga bertemu lagi di Hari Keusahawanan Tahun Hadapan........



Monday, 3 September 2012

Sambutan Hari Kebangsaan - Peringkat Daerah Muar

Pada hari kemerdekaan 31 Ogos 2012, kami sempat berkunjung ke Daerah Muar bagi melihat keindahan dan kemeriahan sambutan di sana.
Dataran Tanjung Emas, Muar dipenuhi dengan limpahan lampu warna warni bagi menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan.










Beginilah semangat yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini semasa menyambut hari kemerdekaan. Kebanyakan kita tidak melepaskan peluang untuk sama-sama melihat sambutan yang diadakan mengikut daerah-daerah terlibat.

Thursday, 30 August 2012

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA- PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

Menjelang tanggal 31 Ogos 2012, tepat jam 12.00 tengah malam, ribuan penduduk Daerah Batu Pahat menyambut ambang merdeka di Dataran Batu Pahat. Termasuklah juga kami sekeluarga.

Sambutan yang diadakan tidak kurang meriahnya, sama seperti yang disambut di Dataran Merdeka......






 Dataran Batu Pahat yang dihias indah untuk sambutan Hari Kebangsaan. Dah hampir sama dengan i-City Shah Alam ni.


Antara perarakan yang berlangsung termasuk membawa bendera, motosikal besar dan berbasikal.




Acara menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku. Ada juga pertunjukkan bunga api.


Selamat menyambut "Merdeka Raya"

Maaf Zahir Dan Batin......