Hidup Saya Bersama 4life

Saturday, 14 July 2012

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan

Hujan yang turun hampir 2 hari, telah menyebabkan kawasan keliling rumah digenangi air. Mungkin sebab inilah seekor ular tedung selar telah menyerang ibu kucing yang baru 3 hari melahirkan anak. Kebetulah pula kucing ini melahirkan 3 ekor anak kecil yang comel-comel.

Kira-kira jam 4.00 petang setelah balik dari mengambil anak dan kawan-kawannya daripada jamuan di D`Zan Catering, kami dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang iaitu seekor ular tedung sepanjang hampir 1 meter. Ular tersebut menyerang ibu kucing yang sedang berada di dalam sangkar bersama anak-anaknya.
Keadaan ibu kucing yang masih trauma dengan serangan ular.

Setelah kami berusaha hampir 30 minit untuk menghalau ular dan demi menyelamatkan kucing-kucing ini tidak berjaya, kami mengambil keputusan untuk menghubungi talian 999. Setelah dapat dhibungi talian tersebut, pegawainya meminta saya bercakap dengan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Beliau kemudiannya meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Batu Pahat untuk datang ke rumah. Dengan hanya mengambil masa 15 minit, Bomba dan Penyelamat pun tiba.



Pihak Bomba dan Penyelamat yang datang dengan 5 orang anggota bersama kelengkapan yang sesuai untuk menamgkap ular memang kami tunggu kerana ketika itu kami masih dalam ketakutan. Ular tedung yang menyorok dalam kotak di bawah reban arnab ditangkap mereka.




Anggota bomba sedang mengesan dan mencari ular tedung tersebut, seram betul masa ni....


Inilah rupa dan keadaan ular yang berjaya ditangkap. Masa dia serang kucing tu nampak besar sebab tengah kembang. bila dan membelit kat besi tu, dah kecil je.

Bomba pun tak nak bawa balik ular tu, jadi dia pun bunuh je la.





Dan telah selamat ditanam ..........










Terima kasih kepada pegawai dan anggota bomba yang telah menyelamatkan kami sekeluarga dan binatang-binatang kesayangan.....









Inilah keadaan keliling rumah yang masih digenangi air. Nampak kat luar tu pun dah mendung lagi ni, rasa macam nak ditambah air kat bumi ni.


Ini pula ibu kucing dan anak-anaknya yang tidur lena setelah berasa selamat daripada ancaman ular tersebut.

Pristiwa dan kenangan ini tidak akan dapat kami lupakan terutama apabila tiba musim tengkujuh dan keliling rumah banjir.......