Hidup Saya Bersama 4life

Monday 24 March 2014

Nak Kongsi Resepi- Biskut Lidah Kucing Pelangi

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera.
Salam sihat  untuk semua.....


Harini saya nak berkongsi resepi dalam blog tentang biskut yang sangat cute dan colour full ni. Biskut yang rangup, sedap, dan sekali makan pasti nak lagi.

Tarraaaaa.... inilah biskutnya. Masih segar dan terbaru serta terbaik dari ladang ni.


Nampak macam mudah aje nak buat biskut yang cute ni, mari kita sama-sama kongsi resepi untuk merajinkan diri di dapur...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi :

250 gram Butter
175 gram gula kastor
100 ml putih telur
200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)


Senang dan sikit aje bahan nak buat biskut ni. Cuma yang jadi masalah, nak cari loyang untuk cetak dia. Kalau nak mudah, cari aje di kedai yang jual bahan-bahan buat kek.

Warna yang sesuai untuk biskut ni : Kuning, Oren, Biru, Merah, Hijau dan Ungu....






         Ni la cetak untuk biskut Lidah Kucing Pelangi.


Cara-cara nak buat biskut ni....

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan 
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi.
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah. 
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara






Kalau ada yang nak oder ke atau nak buat sendiri masa hari raya nanti bole la.....



Untuk tempahan di kawasan sekitar bandar Batu Pahat, Johor bole respond di talian saya :
012-7518195 (e-mail - ruziatuns@yahoo.com)


No comments:

Post a Comment