Hidup Saya Bersama 4life

Sunday, 15 June 2014

SELAMAT DATANG....KE POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA.


POLITEKNIK MERLIMAU.......

Salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak asing lagi buat kita. IPTA yang paling dekat dengan kediaman kami, kalau dikira dari Batu Pahat, Johor ke Merlimau, Melaka hanya mengambil masa satu jam perjalanan dengan jarak lebih kurang 65 kilometer.

Tarikh 16 Jun 2014, bermulalah perjalanan puteri sulung sebagai mahasiswi di Politeknik Merlimau dengan mengambil jurusan  Diploma Pengurusah Hotel dan Katering. Tempoh pembelajaran selama 6 semester bermula Jun 2014 hingga Disember 2016.


Di Jabatan Hospatiliti inilah mereka yang mengambil kursus Pengurusan Hotel dan Katering akan menimba ilmu terutama di dalam bidang masakan dan pengurusan perhotelan.


Sesi Semasa : JUN 2014 || JUN2014

Maklumat Pendaftaran Online 

Nama:NURULHIDAYAH BINTI IDRIS
No Kp:960907015496
No Pendaftaran:14DHK14F1019
Program:Diploma Pengurusan Hotel dan Katering
Jabatan:Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti
Kelas:DHK1A
Tarikh Lapordiri:15 Jun 2014
Masa Lapordiri:8:30 Pagi
Sesi Mula:JUN 2014
Sesi Tamat:DISEMBER 2016
Maklumat Kamsis
Blok Kamsis:V2
No Bilik:V2319
No katil:A



Setelah bayaran dibuat di Bank Islam Malaysia Berhad, kita boleh mencetak Maklumat Pendaftaran Online dalam tempoh 24 jam daripada masa transaksi bank. Daripada pendaftaran ini, kita akan menerima semua maklumat mengenai kursus dan asrama yang disediakan.

Sebelum melaporkan diri  untuk belajar, macam-macam persediaan yang kena lakukan.


Borang pemeriksaan doktor siap sudah... kalau taknak tunggu lama, boleh aje pegi ke klinik swasta. Macam anak saya ni pun, dia ke Klinik Nur, Batu Pahat. Dengan bayaran sekitar RM50.00, semua urusan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.




Antara dokumen-dokumen yang kena siapkan.
1. Borang HEP 1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar
2. Borang HEP 2 - Laporan Pemeriksaan Kesihatan
3. Borang HEP 3 - Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan  Pembedahan
4. Borang HEP 4 - Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung
5. Borang HEP 5 - Akuan pelajar
6. Borang HEP 6 - Aku janji pelajar

Hari pendaftaran dah tiba... 16 Jun 2014, bermula jam 8.30 pagi...
Barang-barang yang dah siap sedia nak dibawa..

Masa mula-mula sampai.....masih kat parking lagi..



Berposing di dalam bilik asrama......


Permandangan dari atas blok asrama KAMSIS.


Suasana semasa pendaftaran dan mengambil kunci bilik..


Nombor bilik yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.

Tengah sibuk mengemas almari dan pakaian yang dibawa.  Dua orang nenek tengah kepenatan sebab bilik cucu di tingkat 4.


Suasana tempat letak kereta yang nampak lengang setelah ramai ahli keluarga pulang apabila urusan pendaftaran selesai.






 Semasa makan tengahari, sempat juga bersantai di Pantai Kuala Merlimau, makan ditemani hembusan angin laut yang nyaman.....

Perasaan mak & ayah yang bercampur baur, ada gembira, ada sedih, ada suka, ada duka, ada hiba.....





17 comments:

  1. salam hidayah . saya asyranie idris ..saya nak ambil program diploma yg awak ambil ni di politeknik tapi sebelum tu nak tanya lah . mcm mana dgn subjek program ni dalam setiap sem ? apa yang kita akan belajar pada sem 1 hingga sem akhir ? dan berapa lamakah tempoh pengajian? minta tolong sangat2 sila emaikan jawapan pada saya di Greenrooftop269@gmail.com saya harap awak dpt bantu saya terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam, ni mak nurul hidayah. setahu makcik dia belajar banyak masakan di dapur. ada juga bahasa inggeris, pendidikan islam, keusahawanan dan lain-lain. belajar memang relax aje sebab untuk test akhir cuma dua atau tiga paper aje, yang lain banyak praktikal. tempoh pengajian 2 tahun 6 bulan (6 semester). PTPTN pun dapat. yuran satu semester cuma RM350.00.

    ReplyDelete
  3. baiklah terima kasih banyak banyak ya Puan :)

    ReplyDelete
  4. salam, dia praktikal brpe sem ea?

    ReplyDelete
  5. walaikumusalam. Dia Praktikal sem 6 dik. Terus habis, tak payah masuk semula ke Poli untuk sambung sem baru..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.makcik, confirm eak yuran rm350 setiap sem ?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.makcik, confirm eak yuran rm350 setiap sem ?

    ReplyDelete
  8. Ye dik....memang antara yang termurah...

    ReplyDelete
  9. Yuran penganjian bukan rm200 je ke setiap sem ?

    ReplyDelete
  10. Yuran penganjian bukan rm200 je ke setiap sem ?

    ReplyDelete
  11. Tak tau la kalau sekarang dah diturunkan sehingga RM200. Masa anak makcik memang RM350. Bagus la kalau dah lagi murah. memudahkan anak2 untuk sambung belajar, terutama yang kurang berkemampuan.

    ReplyDelete
  12. Anggaran total duit yg guna utk satu sem brpe ye?termasuk kamsis dan lain2

    ReplyDelete
  13. KAMSIS cuma untuk sem satu sahaja. Mula sem 2 dah kena tinggal di rumah sewa.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak... tumpang tanya,berapa kos keseluruhan utk diploma pengurusan hotel di politeknik merlimau melaka? saya lepasan spm2016 dan tahun ni saya nk masok ke politeknik merlimau melaka belajar bidang pengurusan hotel, saya dah mohon di upu, cuma sekarang saya cuma nk tahu kos keseluruhan diploma pengurusan hotel ni je... mohon balas ye kak..URGENT!

    ReplyDelete
  15. Walaikumusalam. Kos keseluruhan untuk kemasukan ke politeknik tidak setinggi kos kemasukan ke Universiti. Masa anak makcik lapor diri dulu, jumlah keseluruhan hanya sekitar RM1500.00. Tapi tu dah 3 tahun lepas, sebelum GST. Yang terkini kami tak tahu. Mungkin kalau ada pertambahan pun tak la setinggi mana.

    ReplyDelete
  16. Salam. Nak tanya. Saya ada adik iapr yang ambil kos begini di politeknik johor bahru. Betul ke kos ni byk pakai duit. Sbb mertua saya pening kepala sebulan sampai RM3ribu++ dia minta Alasan yang diberi adalah untuk membeli bahan2 masakan utk keperluan pelajaran. Dia sekarang di sem 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diploma mmgla banyak guna duit. Apply ptptn la

      Delete