Hidup Saya Bersama 4life

Thursday 19 April 2012

Anak Arnab Baru Lahir

Tarikh 19 April 2012, arnan putih yang dinamakan 'albino' telah selamat melahirkan anak sebanyak 8 ekor. Dalam sejarah kelahiran arnab, ini mungkin yang paling banyak. Maklumat daripada internet dan rakan-rakan pencinta arnab, biasa arnab akan melahirkan 3 hingga 5 ekor sahaja. Inilah rezeki yang Allah beri, cepat la meriah arnab-arnab ku....




Inilah anak-anak arnab yang baru beberapa minit dilahirkan. Ibu dia warna putih, arnab jantan pula warna hitam. Itu yang anak dia ada yang tompok hitam.



Bila dah jadi pecinta arnab ni, macam-macam ilmu penjagaan arnab yang diperolehi. Dari makanan sehingga vitamin untuk penjagaan dia, semua kena sediakan.

Dedak makanan arnab, dari jenama Gargill berharga RM48.00 untuk 25kg. Yang ini boleh jadikan bulu arnab cantik...kata yang jual tu la....

Vitamin untuk makanan tambahan supaya arnab sihat dan cergas.


Yang ini shampoo untuk arnab, juga boleh digunakan untuk kucing. Semua binatang berkaki 4 boleh dishampoo dengan shampoo ini. Sebotol cuma RM5.00.

'Fungus Killer' untuk membunuh virus-virus yang menganggu arnab. Boleh digunakan di sangkar dan luka-luka pada binatang. Hanya 'spray' je pada tempat yang dikehendaki. Sebotol ni berharga RM20.00.


Aranb-arnab lain yang semakin sihat walafiat..............









4 comments:

  1. Thanks utk info :)) Arnab yg tomey2.

    Salam perkenalan dr Muhawa.

    ReplyDelete
  2. Thanks Muhawa atas salam perkenalan....

    ReplyDelete
  3. apa kabar arnab2 nie sekrang. Sudah 3 tahun berlalu ...

    ReplyDelete
  4. Semuanya dah tiada. Yang tinggal hanya sangkar sahaja... sedih bila teringat masa ni.

    ReplyDelete