Kali ini cuti-cuti Malaysia keluarga ke tempat yang paling dekat dengan rumah. Ke Wet World, Bukit Pasir, Batu Pahat. Walaupun tempat ni dekat je dengan rumah, tak sampai pun 20km, tapi inilah baru berkesempatan untuk bermandi manda di sini.
Percutian ke Wet World sempena menyambut Hari Deepavali dan Hari Lahir suami, kami berkesempatan melapangkan fikiran sambil bermain air.
Wet World Batu Pahat dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Dengan harga tiket RM15.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak, bolehlah bawa anak-anak pada musim cuti sekolah ini. Kemudahan tempat letak kereta yang mudah dan hanya dengan bayaran RM2.00 tidak la begitu membebankan. Kalau nak sewa pelampung yang besar bayar RM14.00, dan kecil RM10.00. Bila dah siap main dan kita pulang semula pelampung tu, dia bagi balik duit separuh iaitu RM7.00 untuk yang besar dan RM5.00 yang kecil. Anak-anak akan seronok bermandi manda kat sini.
Jom jalan-jalan ke Wet World Batu Pahat.
Wetworld tu buka lagi ke tak?
ReplyDeletebuka lagi, sekarang lagi ramai org datang. dah diambil alih syarikat yang baru..
ReplyDeleteyg terbaharu?brp harga tiket masuknya?
ReplyDelete