Hidup Saya Bersama 4life

Sunday, 8 September 2013

Cuti-cuti Malaysia- Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Kali ni kami pergi bercuti di pantai peranginan yang terletak di Negeri Selangor, Darul Ehsan. Tempat yang tidak kurang menariknya untuk bercuti dan mandi manda. Pantai Bagan Lalang, Sepang terletak sekali jalan dengan daerah  Morid dan Banting, Selangor.

Perjalanan dari Lebuhraya PLUS kita akan keluar di susur Nilai. Dari sini, menuju terus ke pantai dan akan berjumpa dengan Sungai Pelek, dan jalan kampung selama lebih kurang sejam. Di kawasan pantai Bagan Lalang terdapat banyak Hotel dan Chalet yang boleh disewa. Antara yang menarik adalah Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Seri Bayu Resort dan banyak juga Homestay dan chalet kecil yang boleh kita sewa mengikut kemampuan masing-masing.

Kami sekeluarga bermalam di Chalet Desa Bagan. Chalet ni terletak hanya lebih kurang 1km sahaja daripada pantai. Dengan kadar antara RM80.00 hingga RM120.00 satu malam, tempat dan kemudahan yang disediakan amat selesa dan sesuai untuk percutian kita.

Papan Tanda ni untuk memudahkan pengunjung mencari tempat penginapan.
Pemandangan luar bilik-bilik penginapan.


Kemudahan dapur yang tersedia.


Bilik tempat kami menginap.


Bilik tidur dengan kemudahan penghawa dingin.



Wakaf untuk pengunjung berehat.Boleh buat tempahan jika berminat.



Siap sedia nak mandi....

Pemandangan "Golden Palm Tree Hotel".


Siap pasang khemah, senang nak rehat.

Chalet ni terletak betul-betul di hadapan pantai.

Lain kali boleh 'booking' untuk tido kat sini. Dekat sangat dengan pantai, boleh buat BBQ lagi...


Rasanya tak puas kalau cuma tido satu malam di Pantai Bagan Lalang, Sepang ni, lain kali kalau nak pegi lagi, kena tempah 3 hari 2 malam, baru boleh buat BBQ tepi pantai. Boleh rehat-rehatkan minda sambil menghirup udara pantai yang menyegarkan.

Jom jalan-jalan lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!