POLITEKNIK MERLIMAU.......
Salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak asing lagi buat kita. IPTA yang paling dekat dengan kediaman kami, kalau dikira dari Batu Pahat, Johor ke Merlimau, Melaka hanya mengambil masa satu jam perjalanan dengan jarak lebih kurang 65 kilometer.
Tarikh 16 Jun 2014, bermulalah perjalanan puteri sulung sebagai mahasiswi di Politeknik Merlimau dengan mengambil jurusan Diploma Pengurusah Hotel dan Katering. Tempoh pembelajaran selama 6 semester bermula Jun 2014 hingga Disember 2016.
Di Jabatan Hospatiliti inilah mereka yang mengambil kursus Pengurusan Hotel dan Katering akan menimba ilmu terutama di dalam bidang masakan dan pengurusan perhotelan.
Sesi Semasa : JUN 2014 || JUN2014 |
Maklumat Pendaftaran Online
Nama | : | NURULHIDAYAH BINTI IDRIS |
No Kp | : | 960907015496 |
No Pendaftaran | : | 14DHK14F1019 |
Program | : | Diploma Pengurusan Hotel dan Katering |
Jabatan | : | Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti |
Kelas | : | DHK1A |
Tarikh Lapordiri | : | 15 Jun 2014 |
Masa Lapordiri | : | 8:30 Pagi |
Sesi Mula | : | JUN 2014 |
Sesi Tamat | : | DISEMBER 2016 |
|
Maklumat Kamsis |
Blok Kamsis | : | V2 |
No Bilik | : | V2319 |
No katil | : | A |
Setelah bayaran dibuat di Bank Islam Malaysia Berhad, kita boleh mencetak Maklumat Pendaftaran Online dalam tempoh 24 jam daripada masa transaksi bank. Daripada pendaftaran ini, kita akan menerima semua maklumat mengenai kursus dan asrama yang disediakan.
Sebelum melaporkan diri untuk belajar, macam-macam persediaan yang kena lakukan.
Borang pemeriksaan doktor siap sudah... kalau taknak tunggu lama, boleh aje pegi ke klinik swasta. Macam anak saya ni pun, dia ke Klinik Nur, Batu Pahat. Dengan bayaran sekitar RM50.00, semua urusan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.
Antara dokumen-dokumen yang kena siapkan.
1. Borang HEP 1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar
2. Borang HEP 2 - Laporan Pemeriksaan Kesihatan
3. Borang HEP 3 - Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan
4. Borang HEP 4 - Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung
5. Borang HEP 5 - Akuan pelajar
6. Borang HEP 6 - Aku janji pelajar
Hari pendaftaran dah tiba... 16 Jun 2014, bermula jam 8.30 pagi...
Barang-barang yang dah siap sedia nak dibawa..
Masa mula-mula sampai.....masih kat parking lagi..
Berposing di dalam bilik asrama......
Permandangan dari atas blok asrama KAMSIS.
Suasana semasa pendaftaran dan mengambil kunci bilik..
Nombor bilik yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.
Tengah sibuk mengemas almari dan pakaian yang dibawa. Dua orang nenek tengah kepenatan sebab bilik cucu di tingkat 4.
Suasana tempat letak kereta yang nampak lengang setelah ramai ahli keluarga pulang apabila urusan pendaftaran selesai.
Semasa makan tengahari, sempat juga bersantai di Pantai Kuala Merlimau, makan ditemani hembusan angin laut yang nyaman.....
Perasaan mak & ayah yang bercampur baur, ada gembira, ada sedih, ada suka, ada duka, ada hiba.....