Hidup Saya Bersama 4life

Tuesday, 28 April 2015

Cuti-Cuti Malaysia - Kuching, Sarawak.

Tahun 2015 kami berpeluang untuk bercuti ke tempat yang lebih jauh sedikit kerana untuk ke sana kena menaiki kapal terbang.

Dengan penerbangan Air Asia, dan tambang yang sangat berpatutan, kami terbang dari Johor Bahru ke Kuching Pada jam 8.50 malam 25 April 2015 dan terbang balik pada jam 9.50 malam 27 April 2015.

Banyak pengalaman yang didapati sepanjang berada di Bumi Kenyalang termasuk permandangan, makanan, cara hidup, budaya, percakapan dan bahasa.


Kapal terbang yang sedia membawa kami.


Permandangan dalam kapal terbang Air Asia.

Laksa Sarawak.


Kucing pertama yang kami jumpa.                            Hotel tempat kami menginap.

Kereta Viva yang kami  sewa.


Pasar Sarikin.


Menunggu makanan yang dipesan di pasar Sarikin.


Mee Kolok

Nasi Ayam Penyet.








Gua Angin, Sarawak.




Perjalanan ke Kuching Sarawak bersambung ke blog yang akan  datang.




















Wednesday, 1 April 2015

Kehidupan Yang Bahagia: Hari Keluarga SK Seri Separap 2015

Kehidupan Yang Bahagia: Hari Keluarga SK Seri Separap 2015: Tarikh : 27 hingga 28 Mac 2015 Tempat : Bougainvilla, Port Dickson, Negeri Sembilan Hari : Jumaat dan Sabtu Jumlah Peserta : 106...

Hari Keluarga SK Seri Separap 2015




Tarikh : 27 hingga 28 Mac 2015
Tempat : Bougainvilla, Port Dickson, Negeri Sembilan
Hari : Jumaat dan Sabtu
Jumlah Peserta : 106 Orang





Antara persiapan yang dilakukan sebelum perjalanan.

Setelah penat dan lelah sehari-harian di sekolah, kami warga SK Seri Separap telah sepakat untuk mengadakan hari Keluarga untuk Tahun 2015. Tempat yang dipilh ialah Bougainvilla, Port Dickson. Tempat yang bukan sahaja menjanjikan permandangan yang indah, suasana yang nyaman, air laut yang bersih, kolam renang yang selesa dan layanan pengurusan resort yang baik dan menyenangkan.

Bertolah dari rumah masing-masing sekitar jam 9.00 pagi, kami sampai di sana hampir jam 12.00 tengahari. Pelbagai aktiviti petang dan malam diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan antara guru, kakitangan dan warga SK Seri Separap. Antara acara yang menarik ialah berBBQ, sukaneka untuk anak-anak, bola tampat untuk peserta lelaki dan pertandingan karaoke.

Kolam renang menanti pengunjung.





Anak-anak gembira dapat mandi manda. Tak kurang juga ibu bapa....





Antara aktiviti yang dilakukan pada sebelah petang.

Aktiviti pada sebelah malam, Karaoke dan makan-makan.


Kami rata-rata sangat berpuashati dan dan seronok dapat mengadakan aktiviti yang seperti ini. Diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Antara pemandangan menarik sepanjang pantai.




Suasana dalam bilik penginapan.






Manghayati suasana laut yang nyaman.

Akhir kata diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Hari Keluarga SK Seri Separap Tahun 2015.......