Hidup Saya Bersama 4life

Thursday, 8 September 2011

SK Seri Separap.



Tempat ku bekerja setiap hari,
Tempat ku mencari rezeki,
Di mana lagi, kalau bukan di sini,
Tentulah di SK Seri Separap ni.....

Hari ni kita boleh berkenalan dengan sekolah yang telah lama tertubuh. Kalau tak silap sejak zaman 1930-an lagi. Terletak antara jalan Simpang Lima ke Parit Sulong, sekolah ni tak lah berapa besar, maklumlah cikgu cuma ada 30 orang je, pelajar pun 300 orang. Kalau nak dibandingkan dengan SMK Dato` Sulaiman, yang mana saya telah berkhidmat selama sebelas tahun dulu, SK Seri Separap ni sangat sedikit jumlah warganya. Kerjanya pun juga tentulah kurang sedikit juga....

Dengan kekuatan semangat dan pengalaman para guru sekolah ini, didoakan semoga anak didik tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang hanya tinggal 3 hari lagi, semoga semua dapat menjawab dengan tenang dan seterusnya cemerlang dalam peperiksaan UPSR ini.

Sebagai warga sekolah, saya ingin mengcapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Mereka kepada semua warga sekolah ini. "Good Luck" juga kepada 55 orang pelajar Tahun 6 yang akan berjuang minggu hadapan.

"SENTIASA PROAKTIF MERINTIS KEUNGGULAN"

Semasa Perhimpunan

Barisan Guru dan Kakitangan Sokongan


Yang ni semuanya perempuan


Bersama kakitangan sokongan

"SELANGKAH DI HADAPAN"

3 comments:

  1. Sekolah besar atau kecil janji kita gembira,bekerja situ.

    ReplyDelete
  2. Walau di mana saja kita berkhidmat perlu ikhlas dan jujur.

    ReplyDelete
  3. ye kak, terima kasih atas sokongan...

    ReplyDelete