Bermula pada semester September 2007 sehingga semester September 2011, selama 4 tahun adalah jangkamasa yang bukan singkat untuk mengengam segulung ijazah. Dengan berbagai-bagai cabaran yang dihadapi, akhirnya dapat juag saya menghadiri Majlis Konvokesyen, Universiti Terbuka Malaysia yang ke-11 pada 10 dan 11 Disember yang lalu.
Kepada suami, anak-anak, keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang telah sama-sama berdoa dan menyokong sepanjang pengajian saya, terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih. Jasa dan pengorbanan semua tidak akan dapat saya balas.
Tak dilupa kepada bekas Pengetua SMK Dato` Sulaiman, En. Misli Bin Rosbadi dan Guru Besar SK Seri Separap, Tn. Hj. Md. Khirom Bin Ab. Rahman yang telah banyak menyokong saya dan memberikan dorongan yang sangat bernas sehingga saya sampai ke tahap sekarang. Juga kepada guru-guru dan kakitangan SMK Dato` Sulaiman serta SK Seri Separap yang juga berada di belakang saya selama ini. Rakan-rakan Pembantu Tadbir sekolah menengah dan rendah Daerah Batu Pahat juga banyak memberi dorongan dan mendoakan kejayaan saya ini. Tidak lupa juga keapda pensyarah-pensyarah Univerisiti Terbuka Malaysia daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang memberikan tunjuk ajar kepada saya. Kerjasama yang diberikan tak dapat saya balas dan hanya ucapan jutaan terima kasih sahaja yang dapat saya lafaskan.
Gambar ni diambil sebelum majlis berlangsung di luar Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra. Dalam majlis selama hampir 4 jam tu, seramai lebih kurang 850 graduan yang menerima ijazah masing-masing daripada jumlah keseluruhan 3469 semuanya. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan contoh dan dorongan kepada anak-anak dan adik-adik yang masih muda untuk meneruskan pelajaran. Di sinilah semua pelajar daripada seluruh negara berkumpul untuk menerima Ijazah masing-masing. Saya telah berjumpa rakan daripada Sibu, Sungai Petani, Pulau Pinang, Banting, Kuantan, Johor Bahru dan ada juga yang daripada Kota Kinabalu.
"Pembelajaran Sepanjang Hayat"
"Unversity For All" - "Universiti Untuk Semua"
Tahniah.. akhirnya pahit jerih membuahkan hasil
ReplyDeleteTerima kasih, berkat doa dari semua hingga sampai ke tahap sekarang.....
ReplyDelete