Hidup Saya Bersama 4life

Monday 9 April 2012

07 April 2012

Walaupun hari ini 07 April 2012 adalah hari cuti hujung minggu, tapi kesibukan yang kami alami pada hari tersebut seperti juga pada hari bekerja. Anak-anak bangun pagi seperti nak ke sekolah.

Ada program yang luar biasa pada tarikh ini.

1. Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 






Program Motivasi ini diadakan di Dewan Sri Nilam, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat dan sianjurkan oleh Koperasi Kakitangan Kerajaan Batu Pahat (KAAK). Pelajar yang terlibat adalah mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2012, salah seorang peserta adalah anak kami iaitu Nurulsyuhadah, yang datang bersama rakan-rakan daripada SK Penghulu Salleh dan SK Seri Separap.

Program yang diadakan selama 2 hari, iaitu daripada Sabtu sehingga Ahad, banyak memberi ilmu yang berguna memandangkan semua penceramah jemputan adalah di kalangan guru-guru cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia. Salah seorang penceramah adalah guru yang juga rakan saya daripada SK Seri Separap iaitu Guru Cemerlang Matematik En. Ahmad Rukiman. Semoga program ini dapat membantu pelajar menjawab soalan UPSR dengan baik.


2. Program Lawatan Perdana Menteri ke Batu Pahat.











Inilah kemeriahan yang dialami oleh penduduk Batu Pahat dek kerana lawatan "Janji Ditepati" Perdana Menteri ke Dataran Batu Pahat. Dalam keadaan cuaca yang panas terik dan jumlah pengunjung yang terlalu ramai, kami juga bersesak-sesak dan berpusu-pusu ke Dataran Batu Pahat bagi melihat dari dekat pemimpin nombor satu negara tersebut.

No comments:

Post a Comment