Hidup Saya Bersama 4life

Wednesday, 2 May 2012

Perkembangan Terkini Anak-anak Arnab

Hari ini Khamis, 03 Mei genaplah usia anak-anak arnab kesayangan ni 2 minggu. Dah besar-besar semua dan sihat-sihat belaka. Inilah pengalaman yang kami sekeluarga lalui sepanjang membesarkan 8 ekor anak kecil yang kini hanya tinggal 7. Seekor mati mungkin kerana kekurangan zat dan vitamin dari ibunya. 7 ekor ni pun dah syukur, nampak semua sihat walafiat....


Pada usia 2 minggu, makin cergas semua.




Berusia 12 hari, mata baru nak mula terbuka.





Ini masa baru 8 hari, masih baru belajar berjalan.

Masa berusia 6 hari, mereka tidur lena dalam bakul. Masa ni masih cukup 8 ekor lagi.


Ini masa baru 4 hari.


Masa baru berusia 2 hari.

Inilah seronoknya melihat perkembangan anak-anak kecil arnab. Tak sabar nak tengok mereka membesar. Ni yang setiap hari asyik ambik gambar je.... Semoga semua terus membesar dengan sihat.





No comments:

Post a Comment