Hidup Saya Bersama 4life

Wednesday, 7 November 2012

Batu Pahat Banjir Lagi.......

Inilah nasib kami  yang tinggal di Batu Pahat, setiap tahun kami akan mengalami bencana banjir. Seperti mana tahun lepas, tahun ini Daerah Batu Pahat, Johor sekali lagi dilanda banjir. Sehingga semalam lebih 1900 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan setelah rumah mereka dilanda banjir. Ada kawan-kawan PT yang sekolahnya jadi pusat pemindahan.

Semalam petang rumah saya mengalami hujan yang sangat lebat sehingga air naik  dan  laman rumah dipenuhi air.






Inilah keadaan sekeliling rumah yang telah digenangi air yang dalamnya sehingga hampir paras lutut.

Ini pula gambar tanah perkuburan Kampung Mampan, Simpang Lima yang telah dilimpahi air.

Ha, yang ni gambar padang SK Penghulu Salleh, Mampan yang dah jadi macam sawah padi.

Akhir kata, kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Batu Pahat, didoakan semoga tabah menghadapi dugaan tuhan ini. Mesti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga berhati-hati di musim hujan dan jauhi tempat-tempat berbahaya.









"Jumpa Lagi".......


2 comments:

  1. kak... macam lagi tinggi je dari tahun lepas... ni kalau adam nampak mahu tak naik rumah dia main banjir... haaa3x

    ReplyDelete
  2. Ye, memang dalam, ni pun dah mendung gelap. Kalau gugur lagi yang kat atas, jawabnya bertambah lagi air kat halaman.

    ReplyDelete