Bagi ibu bapa yang mempunyai anak sekolah Bantuan Khas Awal Persekolahan tentunya tidak asing lagi bagi kita. Bantuan persekolahan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia :Satu Ratus Sahaja). Bantuan yang diterima untuk kali kedua selepas pertama kalinya diumumkan pada tahun lalu 2012, telah mula diedarkan ke sekolah-sekolah bermula 15 Januari 2013 yang lepas.
Bagi SK Seri Separap, bantuan awal persekolahan ini akan diberikan kepada semua pelajar pada 22 Januari 2013 bermula jam 12.00 tengahari. Cek tunai sebanyak RM24,100.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Empat Ribu Satu Ratus Sahaja) akan dibawa ke bank iaitu Maybank Jalan Zabedah pada jam 9.30 pagi ini. Guru Besar En. Harnek Singh A/L Bachan Singh akan ke bank bersama 2 orang guru iaitu En. Abd. Kadir Saat (GPK Kokurikulum) dan En. Ahmad Bin Rukiman (GC). Sambil itu, urusan ini juga akan ditemani oleh seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat. Ini adalah untuk keselamatan semasa membawa wang daripada bank balik ke sekolah.
Rezeki yang diberikan untuk anak-anak yang bersekolah.
Cek yang telah siap sedia untuk ke bank
Surat kepada ibu bapa pelajar, pemberitahuan untuk mengambil wang bantuan tersebut.
Borang yang akan diisi oleh guru kelas dan ibu bapa yang datang.
Anak-anak di sekolah menengah telah menerima wang bantuan tersebut pada minggu lepas hari Khamis 17 Januari 2013. Bagi kebanyakan sekolah menengah, kebanyakan mereka akan menguruskan dalam satu ratus ribu lebih kerana bilangan pelajar yang melebihi seribu orang.
Harini juga saya ke SK Penghulu Salleh untuk mengambil wang bantuan tersebut untuk anak ketiga Nurul Izzati, di kelasnya Tahun 2 Maju.
Kain rentang yang dipasang di hadapan sekolah.
Kenderaan ibu bapa yang datang ke sekolah untuk mengambil wang bantuan.
Suasana perkarangan sekolah yang dipenuhi ibu bapa untuk ke kelas anak-anak.
Yang ni masa di kelas, ibu bapa kena beratur untuk ambik duit RM100.00
Semoga bantuan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang......
No comments:
Post a Comment