Dua tempat menarik yang kami lawati ialah:
- Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam.
- Bukit Fraser, Pahang.
Kami sarapan pagi di sini. Galeri MUFORS di Selangor..... Sampai sini dalam lingkungan jam 7.00 pagi. Galeri ni pun boleh dilawati, tapi masa kami sampai, Galeri ni belum buka...
Selesai bersarapan, kami terus bertolak ke Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, yang terletak di Shah Alam Selangor.
Sekitar jam 9.00 pagi, kami sampailah di Taman Pertanian Malaysia.
Tengok tempat memang best, tenang, sejuk dan terlihat suasana perhutanan.
Anak-anak yang gembira sebab pertama kami sampai ke sini.
Gambar ni semasa naik bas yang disediakan di Taman Pertanian Malaysia.
Kami melawat Taman Iklim Sederhana Empat Musim. Pada tarikh yang kami datang, tengah musim bunga. Memang cantik-cantik bungan yang ada. Terasa macam berada di luar negara sebab suhu masa ni 10.5 degree.
Ni dah di luar bangunan Iklim empat musim.
Tiket tempat letak kereta : RM30.00
Tiket Masuk ke Taman Pertanian Malaysia : Dewasa - RM3.00
Kanak-kanak - RM1.00
Warga Emas - RM1.00
Tiket untuk masuk ke Taman Iklim 4 Musim : Dewasa - RM3.00
Kanak-kanak - RM1.00
Warga Emas - RM1.00
(Yang ni untuk musim Bunga, Panas dan Luruh)
Dewasa - RM5.00
Kanak-kanak - RM3.00
Warga Emas - RM3.00
(Yang ni untuk musim Sejuk /Salji)
Setelah puas berjalan-jalan di Taman Pertanian Malaysia, Sekitar jam 12.00 tengahari, kami mula bertolak ke Pusat Peranginan Bukit Fraser yang terletak di Negeri Pahang.
Inilah tempat pertama kami singahi, Masjid sultan Mahmud, Bukit Fraser kerana semasa kami sampai dah pukul 3.00 petang, jadi terus la solat zuhor.
Kat sini pun kami jumpa biskut Lidah Kucing Pelangi ni. Harga dia RM15.00 sebekas.
Ni tempat kami menginap, banglo TM. banglo 2 bilik dengan harga RM180.00
Semasa kami sampai, kami disambut oleh si kuning yang montel ni....
Di mercu tanda Fraser Hill, Little England....
Bangunan-bangunan yang ada di sini, memang ada ciri-ciri Inggeris.
Bunga-bungan yang ditanam di tanah tinggi.... memang cantik.
Jumpa pulak kembar pada Exora, nombor dia hampir-hampir serupa.
Antara fauna yang tidak jumpai di tempat kita.
Ni masa siap-siap nak balik.....
Ni la banglo TM, sape nak pegi boleh ambil nombor telefon dia....
Keadaan jalan yang bersimpang siur... memang mencabar.
Antara tempat menarik di Fraser Hill, Allan`s Water....boleh rehatkan minda.
salah satu boat yang rosak, sedang diberi bantuan kecemasan.
ladang sayur-sayuran dan buah-buahan. boleh beli sekali, segar dari ladang.
Buah Strawberry pun ada tau.....
Tempat terakhir yang kami lawati.....Taman Awam. Tempat anak-anak kecil bermain taman permainan.
Sampai di sini dulu coretan jalan-jalan cari makan Tahun 2014 kali ini... nanti bila ada lagi peluang dan rezeki, kami akan melancong lagi....
No comments:
Post a Comment