Hidup Saya Bersama 4life

Wednesday, 30 November 2011

Sana Sini Sepanjang Cuti

Bermulanya cuti persekolahan, maka bermulalah kesibukan kami sekeluarga. Daripada persiapan perkahwinan anak saudara sehingga kepada program perjalan-jalan makan angin. Setelah penat dan lelah menyambut kehadiran tetamu pada majlis perkahwinan, kami sempat melawat ke Expo Makanan dan Pertanian Johor di Pusat Pertanian Moden, Ayer Hitam.

Majlis perkahwinan Islaila dan Aisyah pada 27 November 2011.....

Pengantin atas pelamin
Gubahan Untuk Makan Beradap
Lela & Wan

Ecah & Halim

Majlis Menyambut Pengantin di Kg. Jalan Johor, Simpang Lima, Batu Pahat
pada 28 November 2011

Ni beberapa minit sebelum pengantin diarak...


Pengantin tengah potong kek...
Sedang menanti hidangan..

Pada malam setelah penat menghantar pengantin, sempat juga menghadiri Expo Makanan dan Pertanian Johor di Ayer Hitam.

Buah tembikai ni lebih besar dari biasa....


Kambing ni pun besar sangat.....

Arnab kacukan yang dijual dengan harga RM300.00

Yang ni bulu dia lembut sangat macam kapas.......

Dalam pada melawat Expo tu, banyak juga pengetahuan mengenai pertanian dan makanan yang kami perolehi. Expo yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor ini bersempena Hari Peladang Negeri Johor. Ada resepi masakan negeri johor, maklumat tentang makanan berkhasiat, cara membuat dan penggunaan baja untuk tanaman juga kami perolehi semasa lawatan tersebut.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana sambutan daripada pengunjung sangat menggalakkan. Di semping itu, pengunjung juga akan memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna mengenai pertanian dan makanan Johor.

Salam manis dari saya.....


Friday, 25 November 2011

Selamat Pengantin Baru.

Selamat Pengantin baru diucapkan kepada anak-anak saudara tersayang.....

Nor Islaila & M. Ridzuan
Nor Aisyah & A. Halim
27 November 2011

Hanya menghitung detik bersejarah tersebut, sebagai saudara terdekat, kami bertungkus lumus bergotong royong apa yang termampu untuk menjayakan majlis tersebut.




Pelamin yang telah disiapkan 2 hari sebelum majlis berlangsung.


Baby sempat berposing atas pelamin.



Bunga telur yang siap di paha.


Tengah sibuk pasang balai, hujan lebat la pulak.


Sambung kerja pasang balai setelah hujan berhenti....


     Dua mempelai yang akan menyambut hari bahagia

Kepada Lela dan Aisyah,didoakan semoga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Selamat melayari penghidupan baru setelah bergelar isteri dan mendapat kerahmatan dari-Nya jua. Hanya ini sahaja yang dapat kami sekeluarga berikan untuk yang sebaiknya.


"Selamat Pengantin Baru"

Daripada kami sekeluarga.....




Monday, 14 November 2011

Yang Patah Kan Tumbuh, Yang Hilang Kan Berganti...

Tak perlu kata apa-apa, senyum.....senyum....

Tak perlu kan apa-apa...........

Memory  Terindah Bersama JKP2808......

Tak dilupa juga pada JER 1580......

Mula membina keindahan bersama JNE 2808......

Masih ada lagi yang tetap berjasa hingga kini JCB 2808......














Begitulah lumrahnya kehidupan di dunia ini, apabila bertemu yang terbaik, semestinya kita akan memilih yang terbaik itu. Walaubagaimanapun, kenangan bersama yang menjadi kesayangan tetap akan berada dalam lipatan memori selama-lamanya.....

Dari Persona dan Serena ke Exora.....
Walaupun telah lama, tapi tetap bermakna..... JCB 2808...




Memori terindah bersama JCB2808, sehingga berbelas tahun.....

Inilah lumrah kehidupan, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti......

Sunday, 13 November 2011

Grading Taekwondo Koryo, Batu Pahat.

Bertempat di dewan SK Parit Raja, Batu Pahat, telah berlangsung peperiksaan pertukaran tali pinggang (Grading) kepada pelajar-pelajar takewondo koryo Daerah Batu Pahat. Ia berlangsung semalam, 13 November 2011 dengan kemeriahan yang jelas tergambar. Dirakam dan diabadikan kenangan tersebut semasa menghantar anak Nurulhidayah apabila beliau menjadi salah seorang petugas dalam majlis tersebut.

Nurul di hadapan dewan.



Antara para peserta yang mengambil bahagian.

Pengadil yang arif dari kejauhan.

Antara ibu bapa yang menanti anak-anak...


Antara petugas yang terlihat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam peperiksaan tersebut. Semoga ianya mendapat keberkatan dari-Nya jua.

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Wednesday, 9 November 2011

Kehidupan Yang Bahagia: Tempat Menarik di Negeri Johor.

Kehidupan Yang Bahagia: Tempat Menarik di Negeri Johor.: Sebagai anak kelahiran Negeri Johor, adalah menjadi kebangaan saya untuk memperkenalkan keindahan Negeri Johor kepada masyarakat umum khasny...

Tempat Menarik di Negeri Johor.

Sebagai anak kelahiran Negeri Johor, adalah menjadi kebangaan saya untuk memperkenalkan keindahan Negeri Johor kepada masyarakat umum khasnya dan penduduk Johor amnya.

Oleh kerana saya dan keluarga adalah golongan yang suka berjalan dan melancong, jom sama-sama kita lawati tempat-tempat yang menarik dalam Negeri Johor ini terutama bagi daerah kelahiran saya iaitu Batu Pahat. Di daerah ini juga tidak kurang tempat menarik untuk dilawati.

Jom Kita Jalan-jalan........


Di Air Terjun Sungai Batang, Bekok, Segamat.



Di Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak, Johor.




Ini Di Zoo Negeri Johor, Johor Bahru.








Keindahan Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor.





Keistimewaan Pekan Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.



Kolam Air Panas, Sungai Gersik, Muar, Johor.

Kepada handai dan taulan, marilah sama-sama kita memajukan industri pelancongan negara kita. Khususnya keindahan negeri kita, seharusnya diperkenalkan kepada pengetahuan umum. Sempena cuti yang bakal menjelang tidak lama lagi, apa salahnya kita kunjungi termpat-tempat istimewa ini....