Bertempat di dewan SK Parit Raja, Batu Pahat, telah berlangsung peperiksaan pertukaran tali pinggang (Grading) kepada pelajar-pelajar takewondo koryo Daerah Batu Pahat. Ia berlangsung semalam, 13 November 2011 dengan kemeriahan yang jelas tergambar. Dirakam dan diabadikan kenangan tersebut semasa menghantar anak Nurulhidayah apabila beliau menjadi salah seorang petugas dalam majlis tersebut.
Nurul di hadapan dewan.
Antara para peserta yang mengambil bahagian.
Pengadil yang arif dari kejauhan.
Antara ibu bapa yang menanti anak-anak...
Antara petugas yang terlihat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam peperiksaan tersebut. Semoga ianya mendapat keberkatan dari-Nya jua.
"Majulah Sukan Untuk Negara"
wahh...caya la nurul....
ReplyDeleteTq Irul & Sue....
ReplyDeleteAssalamualaikum ruziatun....saya mohon maklumat berkenaan pusat training atau contacts utk anak2 saya sambung training taekwando mereka di sekitar pari raja......kami sekeluarga akan berpindah dari Kuala Lumpur ke tg sembrong,parit raja December INI....harap dpt bantuan ya...terimakasih
ReplyDeleteWalaikumusalam Pn. Sharifah.
ReplyDeleteAnak-anak saya dah tak aktif dalam taekwando sekarang. Seorang telah sambung belajar di Politeknik Merlimau dan seorang di tingkatan 3. Jadi semua dah tamat kursus taekwando.
Sekarang saya berada di sekolah. Nanti saya cuba tanya anak nombor Pb. Faezah, Jurulatih Taekwando bagi Daerah Batu Pahat untuk kemudahan Puan.
Insha Allah bila saya dapat nombor contect, saya beritau puan.