Hidup Saya Bersama 4life

Thursday 12 January 2012

Pejabat Baru, SK Seri Separap.

Setelah hampir sebulan bermulanya sesi persekolahan tahun 2012, maka suasana baru pejabat SK Seri Separap telah berubah wajah sepenuhnya.


Paparan Visi, Misi dan Objektif sekolah yang terletak di hadapan pejabat sekolah.

Proses mengemas dan mencantikkan suasana pejabat ini yang dilakukan secara bergotong royong, akhirnya terhasillah panorama keindahan dan keselesaan pejabat yang menempatkan staf sekolah seramai 3 orang sahaja. Sekolah yang hanya mempunyai seramai 271 orang pelajar ini mempunyai 2 orang pembantu tadbir dan seorang pembantu am pejabat. Oleh kerana  kami diberikan pejabat yang besar berbanding sebelumnya, keadaan ini telah membuatkan suasana pejabat sekarang sungguh selesa.

Suasana pejabat terkini

Meja penyambut tetamu, pembantu am pejabat yang bertugas di sini.

Ruang untuk tetamu menunggu pegawai yang hendak ditemui.


Suasana pejabat yang sedang sibuk dengan kerja-kerja harian.

Antara peralatan baru yang kami terima bagi kemudahan pejabat sekolah.

Keindahan dan keselesaan bilik Tuan Guru Besar.

Radio kecil dan antik ni la yang menjadi teman kami setiap hari bagi menghilangkan boring dan mengantuk....

Yang ni meja tempat saya bertugas setiap hari....

Nampaknya bilangan pelajar di SK Seri Separap telah merosot pada tahun ini sebanyak 10.7% atau seramai 29 orang. Walaupun bangunan di tambah, kelas juga telah bertambah, namun sekolah telah mengalami kepupusan pelajar dan kemerosotan ini juga telah menyebabkan bilangan guru yang layak di tempatkan di sekolah juga  mengecil. Kalau tahun 2011, kami mempunyai seramai 30 orang guru, pada tahun ini hanya tinggal 29 orang. Jumlah itu juga adalah melebihi guru hak di sekolah iaitu seramai 27 orang sahaja. Agaknya beginilah nasib sekolah-sekolah di luar bandar pada masa ini. Yang tinggal di kampung hanya keluarga yang mempunyai anak telah dewasa, keluarga baru ramai tinggal di bandar dan pinggir bandar. 

Daripada kajian Jabatan Perangkaan juga telah menyatakan bahawa pada masa kini isi rumah di Malaysia hanya mempunyai 2 orang anak sahaja. Mungkin perkara inilah yang menyebabkan bilangan pelajar di sekolah saya mula merosot. Walau apa pun yang dialami oleh SK Seri Separap buat masa ini, diharapkan sekolah ini terus maju jaya hingga dikenali di seluruh negara. 

"PROAKTIF MERINTIS KEUNGGULAN"

Selamat Bertugas dan Selamat Maju Jaya.





2 comments: