Hidup Saya Bersama 4life

Tuesday 14 February 2012

Jamuan Guru-guru dan Staf SK Seri Separap.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati takkan lupa,

Bagitulah lumrah kehidupan, setiap yang bermula pasti berakhir. Ini jugalah yang terjadi kepada 3 orang warga SK Seri Separap. Seorang akan bersara wajib pada usia 56 tahun, ia jatuh pada tanggal 17 Februari 2012 yang akan datang. Setelah berkhidmat lebih 30 tahun, Pn. Hjh. Jamilah Binti Muhammad akan menamatkan tugas beliau sebagai pendidik hanya lebih kurang 3 hari lagi.

Seorang lagi guru telah dinaikkan pangkat daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Baliau adalah Pn. Saodah Binti Ahmad di mana beliau telah dinaikkan pangkat ke SK Peserai, Batu Pahat. Walaupun perkenalan dan persaudaraan yang terjalin dengan beliau sangat singkat, iaitu hanya 1 tahun 10 bulan, tetapi kemesraan yang terjalin sukar dilerai. Kehilangan beliau amat dirasai olehn wagra sekolah.

Cik Maria Binti Mansor pula telah ditukarkan juga ke SK Peserai, Batu Pahat akibat tuntutan tugas dan arahan ketua jabatan. Beliau yang menjadi Guru Khas LINUS telah bertugas di sana mulai awal tahun ini. Kehilangan yang dirasai juga amat mendalam walaupun beliau hanya bertugas selama 2 tahun di sekolah ini.

T
Tempat majlis diadakan.

























Didoakan semoga rakan-rakan yang menjalani kehidupan baru terus berada di dalam kegembiraan selama-lamanya.








No comments:

Post a Comment