Hari ini 07 Mac 2012, maka genaplah usianya tujuh tahun. Begitulah kisah anak ketiga daripada tiga orang adik beradik ni. Sebagai anak paling kecil, macam-macam la kerenah dia. Tapi apabila dah mula bersekolah, dia menjadi anak harapan terutama semasa di kelas pra sekolah. Dua tahun berada di pra sekolah, berbagai aktiviti yang disertai. Inilah Nurul Izzati Binti Idris (Baby).
Semasa menyampaikan sajak pada tahun 2010.
Pada tahun ini, 2012 ia berada di tahun satu. Sebagai seorang pelajar yang telah dikenali oleh kebanyakan guru, Izzati dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas pada sekolah pagi dan petang.
Semasa Hari Graduasi Pra Sekolah Tahun 2011.
Membuat persembahan sajak, bertajuk "Demi Ayah Dan Ibu"
Di bawah ni skrip sajaknya.
TAJUK SAJAK : DEMI AYAH DAN IBU
(Ciptaan
Puan Esah Bt. Mokhtar)
TAK
KAN ADA BERDIRIKU DI SINI
TANPA
ADANYA AYAH DAN IBU
TAK
KAN ADA TANGIS DAN TAWA KU DI SINI
TANPA
ADANYA AYAH DAN IBU
KAU
BELAIKU PENUH KASIH DAN SAYANG
KASIH
SAYANGMU BAK LAUTAN TIADA TEPIAN
PENGORBANANMU
TIADA PENGHUJUNG
PERIT
JERIH KAU TANGGUNG DENGAN KESABARAN
KAU
DIPANAH TERIK MENTARI
MENGGIGIL
DEK KEHUJANAN
MEMERAH
KERINGAT SIANG DAN MALAM
DEMI
HANYA SESUAP NASI
MENGISI
PERUTKU YANG BERBUNYI
TAPI
AYAH… IBU…
SEGALA
NASIHATMU KU LONTAR JAUH
KU
BUANG DARI SUDUT HATI INI
AYAH
… AKU JAHAT AYAH…
IBU…
AKU ANAK DERHAKA IBU…
PUKULLAH
AYAH… PUKULLAH IBU…
ITULAH
GANJARAN TERBAIK UNTUK KU
ANAK
KU BUKAN ITU CARANYA
KAU
KURNIAAN ALLAH UNTUK KU
SESAT
MU DI HUJUNG JALAN PULANGLAH KE PANGKAL JALAN
KAU
PERMATA HATIKU
AIR
MATA KU TAK TERTAHAN
SEBAK
DENGAR KATA HIKMAT AYAH DAN IBU
DARI
SAAT INI…
AKU
BERJANJI MENJADI ANAK SEJATI
PUNYA
WAWASAN SENDIRI
DEMI
AYAH DAN IBU
TERIMA
KASIH AYAH, TERIMA KASIH IBU
DARI
MU KU POHON RESTU
Inilah himpunan hadiah yang sangat disayanginya.
Nurul Izzati, Semoga menjadi anak yang cemerlang dan menjadi kebanggan sermua..........
ini memang anak yg cemerlang sangat ni.... heee3x... koleksinye aje dah menimbun...
ReplyDelete